Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2023

Sosok IMAM

 SYAIKH MAHMUD KHALIL AL-HUSHARI (1917 – 1980) Beliau merupakan qari terkenal dari Mesir. Beliau digelar Faris Qira-at al-Asyr kerana kefakarannya dalam ilmu al-Quran dan Qira-at  al-Asyr ( iaitu sepuluh bentuk bacaan al-Quran ). Syaikh al-Hushari dilahirkan di kampung Syubra al-Namlah di bandar Thantha Mesir pada 17 September 1917. Pendidikan; Syaikh al-Hushari  mula mempelajari al-Quran di Kuttab yang terdapat di kampungnya. Beliau berjaya menghafaz al-Quran ketika berusia lapan tahun. Beliau meneruskan pembelajaran al-Quran di Kuttab tersebut dengan mendampingi gurunya. Beliau sentiasa menemani gurunya ke masjid untuk membaca al-Quran al-Karim. Kepandaian dan kemerduan suaranya ketika membaca al-Quran telah menarik perhatian orang ramai, hingga mereka menggesa beliau menyertai pertandingan tilawah al-Quran.  Ketika umurnya 12 tahun, bapanya telah memasukkannya ke sebuah sekolah agama di Bandar Thantha. Beliau belajar di sekolah ini hingga tamat peringkat menengahnya. Apabila tamat p